Alhamdulilah...sabtu 4.8.2012 aku adakan majlis berbuka posa kat rumah aku.Allah telah menguji keluarga adik ipar aku dengan satu kemalangan sewaktu dlam perjalanan ke rumah kami. Mereka terlanggar KINZIR yang gemok dan sihat....semua penumpang selamat...kereta rosak dibahagian hadapan...
Aku masak nasi ayam dan puding jagung air orange....selepas asar aku mulakan aktiviti memasak....my lovely hubby sibuk dari pagi sampai ke petang dengan aktivi wayering....kul 6 semuanya siap hanya menunggu kedatangan tetamu yang datang...4 keluarga yang datang. Anak buah aku kat uitm dtg berjemaah dng 2 orang kawannya..terima kasih. Budak bertiga ni lah jadi tukang basuh pinggan umah aku...tima kasih, majlis ari raya nanti dtg jugaklah ya boleh basuh pinggan lagi...muaahhaahhhh
My hubby dah atur acar berbuka dengan minum air dan kurma...sembahyang magrib berjemaah...lepas sembahyang barulah aku menghidang nasi ayam .Syukurlah apa yang aku masak tak de terlebih garam..semuanya sedang elok sahaja...
Alhamdulilah berselera semuanya.....semua tetamu tidor kat rumah aku kecuali nor sbb Poi keje besok...besok bersahur ada yang makan nasi ayam dan aku masak nasi putih dengan kari ikan.
Ayam yang diperam dengan kicap
Goreng ayam...3 ekor ayam aku belah 4
Tumis soup......
Ayam yang siap goreng
Beras yang di basuh dan di toskan...aku masak 6 gelas beras....
Ni lah puding roti..first time buat...memang sedapp tak berapa manis sangat....sebelah tu dah ilang ya puan-puan sbb ada yg tukang rasa.....
Anak sedara (NAZHAN)...anak kepada Nor aka Maksu...
Ini kulit popia...dlm tu inti karipap kentang..
lain kali boleh buat lagi resepi ...sedappp
Ustazah Elisha Maisarah ni...sarung sendiri tudung..dan menyengeeehhh dpan camera...
Selepas selesai solat berjemaah ...menjamu selera dengan nasi ayam...
Tetamu yang pertama sampai....
Ustazah dah tercabut tudung..nampak lah pakai baju yg tak berlengan
Aku buat dua kumpulan....
Coverlah dengan langsir putih
Crop mane yang perlu!
Tambah..silakan...jangan malu-malu
jauh abah mencedok lauk....
Si comel Khalisha..anak Adik ipar Linda a.k.a Mak teh
Tambah mak tambah...tak gemok makan nasi ayam saya masak ni ....
Rania dah kenyang....
Semua selesai...ada rezeki kita masak-masak lagi....
No comments:
Post a Comment